Tuesday, February 28, 2012

Tips Penjagaan Premium Beautiful

Salam semua...


Hari ini, Nolie nak kongsi tips penjagaan korset Premium Beautiful supaya tahan lama dan tidak rosak. Maklumlah korset ni kan luxury. hehe..







  • Tak perlulah pakai bra dan panty masa gunakan korset Premium Beautiful supaya kebaikan FIR dapat diserap badan.
  • Gunakan PB full set minima 8 jam sehari, lebih lagi baik.
  • Semasa menggunakan tandas, buka waist nipper atau lipat ke atas. Kemudian turunkan long girdle.
  • Ketika haid gunakan panty agar mudah pakai tuala wanita
  • Krisis penyembuhan bagi setiap orang adalah berbeza. Ia adalah normal dan sementara sahaja yang menandakan badan kita sedang mengeluarkan toksid dalam badan. Antaranya, sakit kepala, pening, gatal, sakit belakang dan lain-lain. Jika anda mengalaminya jangan risau, hanya sabar dan teruskan pemakainan. Insyaallah kesan akan hilang.
  • Digalakkan meminum air kosong sekurang2nya 8 gelas sehari.

Perkara yang perlu dielakkan 
  • Tidak boleh basuh menggunakan mesin basuh. Ditakuti korset mengembang dan hilang grip serta merosakkan tekstur teknologi FIR.
  • Jangan gunakan peluntur atau sabun serbuk yang tajam. Gunakanlah PB Wash.
  • Jangan menjemur dibawah matahari. Hanya gantung dan keringkan di bawah kipas.
  • Tidak boleh diseterika atau dry clean.

Cara Basuh
  • Gunakan cucian tangan untuk membasuh korset. Cuci dengan lembut dan elak perah atau pintal dengan kuat.
  • Masukkan air dalam baldi dan campurkan sedikit PB Wash. Boleh juga menggunakan liquid detergen yang lembut. Celup dan basuh PB dengan tangan.
  • Bilas bersih dan sangkutkan pada penyidai dalam bilik air. Biarkan air menitik hingga kering. Boleh juga keringkan air dengan tuala kering.
  • Bila air dah tos, sidaikan dibawah kipas.
  • PB akan kering dalam masa 4-6 jam. Jadi masa terbaik untuk mencuci korset adalah sejurus anda pulang dari kerja. Esoknya dah boleh pakai lagi. 




No comments:

Post a Comment